PENGENALAN SPORT & GAMING
Apa sebenarnya ‘esports’?
Definisi yang paling mudah untuk difahami adalah ‘permainan kompetitif pada tahap profesional’ yang hanya melibatkan permainan video, ataupun sebarang permainan video dengan konsep kalah dan menang boleh dikategorikan sebagai esport, Semakin besar jumlah pemainnya, semakin sengit pula persaingan.
Majoriti esports popular adalah permainan berasaskan pasukan yang dimainkan dalam liga atau pertandingan sepanjang tahun, di mana acara kemuncaknya akan diadakan di satu acara finale ataupun pertandingan yang terakhir.
Sesetengah permainan menggunakan format satu lawan satu seperti permainan Street Fighter V, contohnya, atau Hearthstone, permainan kad di mana setiap pemain mempunyai dek mereka sendiri yang dimainkan untuk mengalahkan lawan, tanpa mempunyai sebarang pasukan.
Apa sebenarnya 'sukan'?
Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.
Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton. Selain itu, kita akan kekurangan masa bersama keluarga dan rakan-rakan di sekeliling kita.